Monday, December 22, 2008

Jom ronda: Taman negara Pulau Pinang

selamat datang ke Taman Negara Pulau Pinang
Keluasannya hanyalah 2,562 hektar dan diwartakan sebagai Taman Negara pada 2003. Ia turut mempunyai 46 spesies burung seperti burung raja udang, helang dan banyak lagi.

Tasik meromiktik

Terdapat sebuah tasik yang mengandungi dua lapisan air iaitu air sungai tawar di bahagian atas manakala air laut masin di lapisan bawah.Tasik yang diberi nama Tasik Meromiktik terletak di pantai Kerachut dan fenomena dua lapisan air itu hanya berlaku sekitar April dan Mei setiap tahun ketika peralihan musim antara dua monsun iaitu monsun timur laut dan monsun barat daya.

Pantai Keracut
ketika fenomena berkenaan berlaku, air di tasik seluas 2.7 kilometer persegi itu dipenuhi dengan pelbagai hidupan marin seperti ikan, udang dan ketam. Tasik itu akan kering semula apabila perubahan musim monsun barat daya kepada monsun timur laut sekitar Oktober setiap tahun. Kesempatan itu digunakan pengunjung untuk mandi-manda kerana dipercayai air tasik itu mengandungi khasiat yang tersendiri.

Tambahan pula, keunikan tasik itu hanya terdapat di pulau ini dan Australia. Selain keunikannya, taman negara itu yang turut dikenali sebagai ‘Bay of Glowing Amber’ menawarkan pemandangan alam semula jadi menarik pada waktu senja menjadi tumpuan penyu untuk mendarat. Antara spesies penyu yang mendarat dan bertelur di pantai Kerachut dan Pantai Teluk Kampi itu termasuk penyu agar (chelonia) dan penyu lipas (mydas).

Pelbagai aktiviti yang boleh dilaksanakan di taman ini sama ada secara individu atau berkumpulan membabitkan aktiviti mendaki bukit, merentas hutan berenang, memancing, memerhati hidupan liar dan berkhemah. Kemudahan yang disediakan juga lengkap termasuk tandas, dewan, surau, bilik mandi, tapak perkhemahan, dapur memasak dan pondok wakaf


tips harmoni dalam rumah tangga


Rumah tangga merupakan perpaduan antara berbagai warna karakter. Ada karakter lelaki, wanita, anak-anak, bahkan mertua. Dan tidak ada satu pun manusia di dunia ini yang boleh menjamin bahawa semua karakter itu serba sempurna. Pasti ada kelebihan dan kekurangan. Dalam rumah tangga, segala kekurangan dan kelebihan saling berpadu.Terkadang pihak suami yang bernada rendah, terkadang sang isteri bernada tinggi. Di sinilah suami isteri dituntut untuk menciptakan keharmonian dengan mengisi kekosongan-kekosongan yang ada di antara mereka. Ada empat hal yang mesti diperhatikan untuk menciptakan keharmonian dalam rumah tangga:

Jangan melihat ke belakang
Jangan asyik mengungkit-ungkit alasan saat awal kita melangsungkan perkahwinan."Kenapa saya saat itu mahu menerima kehadiran anda, ya? Kenapa tidak saya tolak aje?" Buang jauh-jauh lintasan fikiran ini.Langkah ke belakang tersebut sama sekali tidak akan menghasilkan perubahan positif, bahkan akan menyeret ketidakharmonian yang bermula dari masalah sekecil-kecilnya menjadi serabut dan kusut. Jika rasa penyesalan berlarut, tidak tertutup kemungkinan ketidakharmonian berakhir kepada perceraian.Kerana itu, hadapilah kenyataan yang saat ini kita hadapi. Inilah masalah kita. Jangan lari dari masalah dengan menyalahkan kisah yang silam.Atau, na'udzubillah, membayangkan sosok lain di luar pasangan kita. Hal ini akan membuka pintu syaitan sehingga kian meracuni fikiran kita.

Berfikir dengan tenang
Berfikir objektifTerkadang, konflik boleh menyeret hal lain yang sebetulnya tidak terlibat.Ini terjadi kerana konflik disikapi dengan emosional. Apalagi sesudah melibatkan pihak ketiga yang mengetahui masalah dalaman rumah tangga secara tidak menyeluruh. Jadi, cubalah kenal pasti masalah pada akarnya. Lebih baik lagi jika dalam memetakan masalah ini dapat dilaksanakan dengan kerjasama kedua belah pihakyang bersengketa.

membantu dengan ikhlas cari jalan penyelesaian
masalah kekurangan sumber pendapatan dari pihak suami terhadap pendapatan keluarga. Jangan dipengaruhi emosional sehingga menyeret masalah lain. Contohnya, mengandaikan suaminya yang tidak pandai mencari duit atau suami dituduh sebagai pemalas. Kalau ini terjadi, reaksi sebaliknya pun akan berlaku. Si Suami akan berteriak bahawa si isteri boros, materialistik, dan kurang memahami kerjaya suami. Padahal kalau bersikap lebih objektif, masalah kurang sumber pendapatan keluarga mampu diselidiki dengan kerjasama semua pihak dalam rumah tangga.Kebarangkalian akan menemui jalan keluar secara konkrit seperti kemungkinan isteri turut serta bekerja untuk menambahkan pendapatan keluarga, bahkan boleh juga sekaligus melatih kemandirian anak-anak atau mengurangkan budget perbelanjaan harian yang tidak penting.

menerima kekurangan sebagai keunikan dan cari kelebihan yang ada
Lihat kelebihan pasangan, jangan sebaliknya untuk menumbuhkan rasa optimistis, lihatlah kelebihan pasangan kita. Jangan sebaliknya, mengungkit-ungkit kekurangan yang dimiliki. Imaginasi dari sebuah benda, bergantung pada bagaimana kita meletakkan sudut pandangnya.Mungkin secara kebendaan dan fizik, pasangan kita mempunyai banyak kekurangan. Rasanya sulit sekali mencari kelebihannya. Tetapi, disinilah uniknya berumah tangga. Dasar cinta yang suci masih terbenam di lubuk sanubari antara kedua pasangan. Bererti, ada satu atau dua kelebihan yang kita sembunyikan dari pasangan kita. Paling tidak, niat ikhlas si dia dalam mendampingi kita kerana Allah sudah merupakan kelebihan yang tiada tolok bandingnya. Luar biasa nilainya di sisi Allah. Nah, dari situlah kita menilai. Secara seiringan, segala kekurangan pasangan kita itu dilengkapi dengan kelebihan yang kita miliki. Bukan sebaliknya menjatuhkan atau melemahkan semangat dalam mencari titik kesamaan.

memahami erti perkahwinan dan tanggungjawab
Memahami syariat dalam berumah tanggaSalah satu matlamat asas yang paling utama seorang itu rela berumah tangga adalah kerana adanya ketaatan pada syariat Allah. Pada hakikatnya, jika menurut kepentingan kebendaan dalam berumah tangga, ianya amat melelahkan. Justeru di situlah nilai pahala yang Allah janjikan, matlamat perkahwinan yang jelas. Ketika masalah hampir tidak menemui hujung pangkalnya, kembalikanlah hal tersebut kepada sang pemilik masalah, Allah swt. Suburkan perasaan baik sangka kepada Allah swt. Tataplah hikmah di sebalik masalah. Insya Allah, ada kebaikan dari semua masalah yang kita hadapi.Lakukanlah pendekatan ubudiyah kepada Allah swt dengan lebih konsisten dan komited. Jangan bosan dengan doa. Besar kemungkinan dengan taqarrub (mendekatkan diri) pada Allah, masalah yang berat mampu terurai dan menjadi ringan. Dan dengan izin-Nya, jalan keluar akan terlihat di depan mata.

Kereta jimat minyak - Honda fit 2009 baru!







Kereta jimat minyak - Honda fit 2009 baru

munajat cinta -Ahmad Dhani

Seperti malam-malam yang sudah-sudah
Hati ini selalu sepi
tak ada yang menghiasi
Seperti cinta ini yang s’lalu pupus

Tuhan kirimkanlah akuKekasih yang baik hati
Yang mencintai aku Apa adanya…
Mawar ini semakin layuTak ada yang memiliki
Seperti aku ini Semakin pupus

Sunday, December 21, 2008

cinta di dalam hati - Unggu

mungkin ini memang jalan takdirku
mengagumi tanpa di cintai
tak mengapa bagiku asal kau pun bahagia
dalam hidupmu, dalam hidupmu

telah lama kupendam perasaan itu
menunggu hatimu menyambut diriku
tak mengapa bagiku cintaimu pun adalah
bahagia untukku, bahagia untukku

ku ingin kau tahu diriku di sini menanti dirimu
meski ku tunggu hingga ujung waktuku
dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya
dan ijinkan aku memeluk dirimu kali ini saja
tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya
dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejab saja

lilin dan kehidupan


Ada 4 lilin yang menyala.
Sedikit demi sedikit habis meleleh.
Suasana begitu sunyi sehingga terdengarlah percakapan mereka.
Yang pertama berkata:“Aku adalah Damai.”“Namun manusia tak mampu menjagaku, maka lebih baik aku mematikan diriku saja!”


Demikianlah sedikit demi sedikit sang lilin padam.Yang kedua berkata:“Aku adalah Iman.”“Sayang aku tak berguna lagi.”“Manusia tak mau mengenaliku, untuk itulah tak ada gunanya aku tetap menyala.”Begitu selesai bicara, tiupan angin memadamkannya.
Dengan sedih giliran Lilin ketiga bicara:“Aku adalah Cinta”“Tak mampu lagi aku untuk tetap menyala.”“Manusia tidak lagi memandang dan mengganggapku berguna.”“Mereka saling membenci, malah membenci mereka yang mencintainya, membenci keluarganya.”
Tanpa menunggu waktu lama, maka matilah Lilin ketiga. Tanpa terduga…


Seorang anak saat itu masuk ke dalam kamar, dan melihat ketiga Lilin telah padam.
Kerana takut akan kegelapan itu, si anak berkata:“Eh apa yang terjadi?? Kalian harus tetap menyala, aku takut akan kegelapan!”
Lalu si anak menangis tersedu-sedu.
Lalu dengan terharu Lilin keempat berkata:

“Jangan takut,Janganlah menangis, selama aku masih ada dan menyala, kita tetap dapat selalu menyalakan ketiga Lilin lainnya:
” Akulah H A R A P A N “ Dengan mata bersinar, si anak mengambil Lilin Harapan, lalu menyalakan kembali ketiga Lilin lainnya. Apa yang tidak pernah mati hanyalah H A R A P A N yang ada dalam hati kita. Semoga ia dapat menjadi alat, seperti si anak tersebut yang dalam situasi apapun mampu menghidupkan kembali Iman, Damai, Cinta dengan HARAPAN-nya!

Thursday, December 18, 2008

renungan bersama....

"Kami telah menciptakan kamu; maka mengapa kamu tidak membenarkan? Adakah kamu perhatikan (benih manusia) yang kamu pancarkan? Kamukah yang menciptakannya? Ataukah Kami yang menciptakannya?" (Al Qur'an, 56:57-59)
ALAM RAHIM (Alam kandungan) Dalam surah Al-Mu'minun,juz kelapan belas ayat 12, 13 & 14, Allah Ta'ala berfirman. Yang bermaksud : Dan sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dari pati yang berasal dari tanah. (Pati yang berasal dari tanah, ialah pati makanan yang berasal dari tumbuh-tumbuhan dan tanaman yang tumbuh di bumi). Kemudian Kami jadikan pati itu setitis air benih (air mani), pada tempat penetapan yang kukuh. Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging, kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa ketul daging, kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang, kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk ia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya (keadaannya yang asal serta ditiupkan roh padanya). Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik baik Pencipta.
Dalam surah Yaasin, juz keduapuluh tiga ayat 77, Allah Ta'ala berfirman:
Yang bermaksud: Tidakkah manusia itu melihat dan mengetahui, bahawa Kami telah menciptakan dia dari (setitis) air benih? Dalam pada itu (setelah Kami sempurnakan kejadiannya dan tenaga kekuatannya) maka dengan tidak semena-mena menjadilah ia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya (mengenai kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang mati),

Dalam surah As-Sajdah, juz keduapuluh satu ayat 7, 8 & 9, Allah Ta'ala berfirman. Yang bermaksud: Yang demikian sifatnya ialah Tuhan yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani; Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya (dengan sebaik-baik ciptaan yang cantik dan elok mencipta manusia) dan dimulakan kejadian manusia berasal dari tanah liat (Thin). Kemudian ia jadikan keturunan-keterunan manusia itu dari sejenis pati iaitu dari air yang hina (air mani) yang sedikit dipandang orang. Kemudian ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya Roh ciptaanNya dan ia mengurniakan kepada kamu pendengaran serta hati (akal fikiran), supaya kamu bersyukur, tetapi amatlah sedikit kamu bersyukur.
Dalam surah Al-Hajj ayat 5, Allah Ta'ala berfirman. Yang bermaksud: Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari kiamat), maka (perhatilah kepada tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya Kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging yang disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurnakan; (Kami jadikan secara yang demikian) kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu (kekuasaan Kami); dan Kami pula menetapkan dalam kandungan rahim (ibu yang mengandung itu) apa yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya; kemudian Kami mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak; kemudian (kamu dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa; dan (dalam pada itu) ada di antara kamu yang dimatikan (semasa kecil atau semasa dewasa) dan ada pula yang dilanjutkan umurnya ke peringkat tua nyanyuk sehingga ia tidak mengetahui lagi akan sesuatu yang telah diketahuinya dahulu. Dan (ingatlah satu bukti lagi); Engkau melihat bumi itu kering, kemudian apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya (dengan tumbuh-tumbuhan yang merecup tumbuh), dan gembur membusutlah ia, serta ia pula menumbuhkan berjenis-jenis tanaman yang indah permai.
Cuba kita renung dan fikirkan, bagaimana kiranya kita tidak ada, tidak pernah ada, tidak tertulis di Loh Mahfuz atau tidak pernah dilahirkan ke dunia. Jika tidak mencipta kita sudah pasti kita tidak ada. Syukur, alhamdulillah, kini kita telah ada dan wujud. Kita sudah dapat menyaksikan keindahan alam maya, Kita juga telah dapat merasai betapa indahnya belaian kasih sayang, cinta dan saat-saat kebahagiaan. Seterusnya kita dapat mengenali siapa pencipta kepada semuanya ini termasuk alam yang maha luas ini. Lalu kita dapat menikmati kasih dan sayang-Nya serta bernaung di bawah lindungan dan rahmat-Nya. Inilah sebenarnya nikmat terbesar yang telah Allah kurniakan kepada kita. Kita seharusnya menggandakan rasa kesyukuran dan berterima kasih kepada Allah kerana bukan sahaja telah menjadikan kita, bahkan telah memilih kita menjadi umat-nya yang beriman dan diberikan petunjuk dan hidayah-Nya. Sehingga kita dapat mengenali Pencipta kepada alam semesta ini yang begitu indah dan teliti sekali.